hubungan emak dan anak yang biasanya digambarkan sangat indah adalah sangat jarang berlaku dalam hidup aku. adakah silap aku sebagai anak? atau silapnya sebagai ibu?
tapi, kata seorang sahabat,
dia kan ibu kau, macam mana pun dia, dia tetap ibu kau. dia makan lebih garam dari kau. da tahu apa erti kehidupan lebih dari kau. mungkin dia terlebih protective, tapi, percayalah, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya, tak lebih dari itu.
kerana hal yang kecil tadi, aku di marahi.
helo, aku sudah 20 tahun. usia yang semakin banyak ni buat aku rasa malu kalau masih dimarahi ibu.
tapi, kalau dah memang salah aku, nak buat macam mana?
isunya?
aku kurang berdikari, terlalu bergantung kepada keluarga.
mungkin ada betul juga.
pusing kepala aku memikirkannya. hati malas nak layan perasaan, lantas mengambil gigi yang perlu disiapkan menjadi satu model lengkap. niat di hati, nak melupakan masalah, tak berjaya.
nampak satu botol ubat batuk di atas meja.
hati berbisik nak telan semua. tapi masih waras kerana subjek pharmacology membuatkan aku tahu keburukan terlebih dos ubat.
separuh saja mungkin, dan sekarang kepala sudah rasa pening. rasa nak pitam.
apa jenis oranglah aku. nama saja pelajar di salah sebuah universiti. pelajar sains jurusan agama. tapi, ilmu yang tidak di dada memang tiada guna. kalau hanya result exam yang gempak di atas kertas sahaja?
hidup aku tak bermakna kalau begitu jalan yang aku pilih.
No comments:
Post a Comment