Wednesday 28 September 2011

semakin lama semakin aku jauh.jauh dari jalan sebenar. seakan akan aku lupa apa tujuan aku kat dunia ni.
setiap hari, aku melakukan perkara yang sama saja. bangun tidur, solat, mandi, pergi kampus, hadiri kuliah, buat tutorial, praktikal, tengok gigi, tengok buku, balik hostel, tidur.

itu sahaja kah hidup aku?
sangat tak bermakna, seperti sebiji  (ke sebuah?) robot?
malam, aku akan buat homework dan task yang diberikan. tiada istimewa hari hari aku


lama sudah tak menghadirkan diri ke usrah. hati semakin gersang, kontang, tiada air, tiada baja. tiada zat nutrisi yang diperlukan. tapi, aku hanya mendiamkan diri tanpa usaha. patut kah?

Tuesday 27 September 2011

alhamdulillah, berat beban nak susun model gigi lengkap ni sudah berakhir. sekarang tinggal nak plaster je....
untuk menjadi mode lengkap so bole letak kat dummies.

betapa sukarnya nak dapatkan semua gigi natural tu,, ya allah, aku sangat bersyukur sebab da lengkap.
tapi, bila tengok senior, dorang kata, simpan je gigi yang ada caries tu, sebab nanti nak guna bila naik 3rd year.

bayangkan, aku letak botol gigi kat klinik kerajaan, dan swasta. dan aku rasa macam mintak sedekah lak,
tak mengapalah, aku nak belajar, mahu menjadi doktor gigi yang berjaya. insyaallah



semalam ada test untuk rubber dam. apakah rubber dam tu? boleh cari kat google. pasang rubber dam kat patung (dummies) pon rasa macam nak nangis, sebab? sebab takut akan menyakitkan patient nanti. x lama dah akan berjumpa dengan patient. lagi setahun je. sempat ke nak berlatih kat dummies tu selama setahun je?
insyaallah

ni ada pula kes senior dan junior. senior yang garang semacam dan junior yang x bersalah sebab dia jenis yang suka main main.
aku xtahu nak salahkan siapa. nak point jari pun, kesian kat adik junior tu, x sampai sebulan kat sini, dah kena attack dengan senior yang garang.

kepada senior, jangan la garang sangat. kalau ye pun nak marah, simpan simpan la sikit...

berbalik kepada kisah aku dan gigi tadi, nyata bau gigi yang baru diambil dari kinik adalah sangat tidak harum sehinggakan aku wajib merendamnya dalam clorox selama semalaman. yup,


oh, tekanan nak dapatkan gigi sudah tiada, sekarang harus fikirkan bila nak diletakkan plaster pula.
tak mengapa. buat kerja sedikit demi sedikit, lama lama akan siap. jangan mengamalkan kerja bertangguh.


sangat bahaya bagi seorang yang bergelar manusia untuk bertangguh. kata orang, bertangguuh mencuri masa.

sekian

Monday 26 September 2011

hubungan emak dan anak yang biasanya digambarkan sangat indah adalah sangat jarang berlaku dalam hidup aku. adakah silap aku sebagai anak? atau silapnya sebagai ibu?

tapi, kata seorang sahabat,

         dia kan ibu kau, macam mana pun dia, dia tetap ibu kau. dia makan lebih garam dari kau. da tahu apa erti kehidupan lebih dari kau. mungkin dia terlebih protective, tapi, percayalah, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya, tak lebih dari itu.


kerana hal yang kecil tadi, aku di marahi.

helo, aku sudah 20 tahun. usia yang semakin banyak ni buat aku rasa malu kalau masih dimarahi ibu.
tapi, kalau dah memang salah aku, nak buat macam mana?



isunya?
aku kurang berdikari, terlalu bergantung kepada keluarga.



mungkin ada betul juga.


pusing kepala aku memikirkannya. hati malas nak layan perasaan, lantas mengambil gigi yang perlu disiapkan menjadi satu model lengkap. niat di hati, nak melupakan masalah, tak berjaya.


nampak satu botol ubat batuk di atas meja.
hati berbisik nak telan semua. tapi masih waras kerana subjek pharmacology membuatkan aku tahu keburukan terlebih dos ubat.


separuh saja mungkin, dan sekarang kepala sudah rasa pening. rasa nak pitam.

apa jenis oranglah aku. nama saja pelajar di salah sebuah universiti. pelajar sains jurusan agama. tapi, ilmu yang tidak di dada memang tiada guna. kalau hanya result exam yang gempak di atas kertas sahaja?



hidup aku tak bermakna kalau begitu jalan yang aku pilih.