alhamdulillah, berat beban nak susun model gigi lengkap ni sudah berakhir. sekarang tinggal nak plaster je....
untuk menjadi mode lengkap so bole letak kat dummies.
betapa sukarnya nak dapatkan semua gigi natural tu,, ya allah, aku sangat bersyukur sebab da lengkap.
tapi, bila tengok senior, dorang kata, simpan je gigi yang ada caries tu, sebab nanti nak guna bila naik 3rd year.
bayangkan, aku letak botol gigi kat klinik kerajaan, dan swasta. dan aku rasa macam mintak sedekah lak,
tak mengapalah, aku nak belajar, mahu menjadi doktor gigi yang berjaya. insyaallah
semalam ada test untuk rubber dam. apakah rubber dam tu? boleh cari kat google. pasang rubber dam kat patung (dummies) pon rasa macam nak nangis, sebab? sebab takut akan menyakitkan patient nanti. x lama dah akan berjumpa dengan patient. lagi setahun je. sempat ke nak berlatih kat dummies tu selama setahun je?
insyaallah
ni ada pula kes senior dan junior. senior yang garang semacam dan junior yang x bersalah sebab dia jenis yang suka main main.
aku xtahu nak salahkan siapa. nak point jari pun, kesian kat adik junior tu, x sampai sebulan kat sini, dah kena attack dengan senior yang garang.
kepada senior, jangan la garang sangat. kalau ye pun nak marah, simpan simpan la sikit...
berbalik kepada kisah aku dan gigi tadi, nyata bau gigi yang baru diambil dari kinik adalah sangat tidak harum sehinggakan aku wajib merendamnya dalam clorox selama semalaman. yup,
oh, tekanan nak dapatkan gigi sudah tiada, sekarang harus fikirkan bila nak diletakkan plaster pula.
tak mengapa. buat kerja sedikit demi sedikit, lama lama akan siap. jangan mengamalkan kerja bertangguh.
sangat bahaya bagi seorang yang bergelar manusia untuk bertangguh. kata orang, bertangguuh mencuri masa.
sekian
No comments:
Post a Comment